Negeri

Selangor anjur Darul Ehsan Berselawat sempena sambutan kemerdekaan

Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Program Darul Ehsan Berselawat Jiwa Merdeka di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam pada Sabtu ini.

Acara diadakan bersempena sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor itu akan menampilkan beberapa tokoh terkenal Islam Nusantara.

Bermula jam 7.00 petang, ia akan diisi dengan pelbagai program keagamaan termasuk majlis munajat, zikir dan berselawat.

“Insya-Allah sempena Hari Kebangsaan, Program Darul Ehsan Berselawat Jiwa Merdeka akan dilaksanakan pada 31 Ogos 2024 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

“Program ini akan menampilkan Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid dan Habib Ali Zainal Abidin Assegaf (Habib Bidin) dengan iringan Majlis Az-Zahir,” menurut Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melalui satu perkongsian di Facebook.

Sehubungan itu beliau mempelawa orang ramai hadir bagi memeriahkan acara itu.

Untuk rekod, Kerajaan Negeri kerap menganjurkan Majlis Darul Ehsan Berselawat termasuk ketika sambutan ambang tahun baharu yang menghimpunkan ribuan umat Islam.

BACA LAGI: Festival Turath Islami Selangor pupuk budaya keilmuan, kukuh akidah umat Islam

Usaha kerajaan pimpinan KEADILAN itu memperkasa agama Islam juga terbukti dengan penganjuran Festival Turath Islami Selangor pada Jun lalu bagi usaha menyebarkan dan menghidupkan warisan turun-temurun Islam.

Related Articles

Back to top button