Semasa

Mpox: situasi terkawal, 3.26 juta pelancong sudah disaring – Menteri Kesihatan

Situasi berkaitan kes cacar monyet (Mpox) dalam negara sangat terkawal, tegas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu beliau menjelaskan, pengawasan di pintu masuk membabitkan warga negara berisiko tinggi telah dilaksana termasuk dengan menempatkan empat mesin pengimbas suhu badan di terminal ketibaan.

Selain mengesan jangkitan cacar monyet mesin pengimbas suhu badan yang diletakkan di Terminal KLIA turut mengesan penyakit demam kuning dalam kalangan pelancong.

“Sekiranya dikesan terdapat penumpang yang bergejala akan dibawa ke pusat operasi di terminal berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.

“Kita memberi tumpuan kepada penumpang yang tiba dari negara bergejala dan sekiranya dikenal pasti akan dikuarantin di bilik operasi berkenaan,” katanya.

Selain itu tambahnya, 30 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) juga telah ditempatkan di KLIA dan mereka bertugas dalam tiga syif.

BACA LAGI: Pintu masuk utama negara diberi perhatian khusus, bendung penularan Mpox 

Sementara itu Dr Dzulkefly memaklumkan serami 3.26 juta pelancong sudah disaring setakat ini dan tiada individu dikesan dijangkiti virus berkenaan.

Menurutnya, sebanyak 34 kes mpox yang dilaporkan sebelum ini kesemuanya negatif membabitkan 33 warga tempatan dan seorang warga Thailand.

“Tiga gejala jangkitan cacar monyet ini dikesan adalah seperti suhu badan yang tinggi, mempunyai ruam di tangan dan kelenjar menjadi bengkak” katanya.

Related Articles

Back to top button