Semasa

Rakyat kebulur mati tak makan: Rafizi bidas kenyataan melampau pemimpin wanita Pas

Kenyataan seorang pemimpin wanita Pas yang mendakwa rakyat sedang mati kelaparan kerana tiada bekalan beras adalah melampau dan tidak cerdik.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kerajaan MADANI terus berusaha menoktahkan miskin tegar dan ia dilakukan lebih baik dari yang diusahakan Perikatan Nasional (PN) ketika mereka menjadi kerajaan.

“Membuat tuduhan rakyat sedang mati kelaparan sebab tiada beras ini sama ada (1) melampau atau (2) kurang cerdik.

“Kalau ada senarai nama rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan segera agar tidak mati akibat kelaparan, boleh hantar kepada saya. Emel saya di laman sesawang Kementerian Ekonomi.,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Terdahulu, wanita berkenaan yang juga ketua penerangan Dewan Muslimat Pas Melaka cuba menggambarkan rakyat negara sedang berdepan dengan kekurangan beras hingga membawa mati.

Wanita itu cuba mengaitkan dakwaannya dengan kes kematian seorang lelaki warga emas berusia 70-an dan anaknya – seorang OKU – di Sungai Abong, Johor baru-baru ini dipercayai akibat kelaparan.

Keluarga itu menurut laporan media tidak mempunyai sumber pendapatan tetap dan menerima bantuan daripada NGO tempatan untuk kelangsungan hidup mereka.

Isu bekalan beras tempatan pernah menjadi polemik susulan permintaan luar biasa berikutan kekurangan beras import dalam pasaran.

BACA LAGI: Kerajaan salur lebih RM33.5 juta untuk perhebat industri agromakanan di Sabah

Justeru kerajaan bertindak campur tangan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang berusaha meningkatkan produktiviti padi dan beras negara melalui skim SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB).

Langkah itu dijangka menjadikan Malaysia berupaya mencapai tahap sara diri (SSL) bagi beras, tanpa perlu mengharapkan import dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Related Articles

Back to top button