Semasa

Ahli Parlimen ke sekolah mampu bantu selesai isu kemudahan – Fahmi Fadzil

Usaha Ahli Parlimen menyantuni sekolah di kawasan Parlimen masing-masing mampu membantu menangani masalah berlaku di sekolah.

Pandangan itu dinyatakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil semasa lawatannya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar pada Isnin.

“Saya nampak ini mungkin satu perkara yang boleh bantu tambah baik.

“Tahun lalu saya bantu menaik taraf internet di semua 12 sekolah rendah dan menengah di Lembah Pantai, tahun ini kita fokus kepada aspek fizikal dan insya-Allah kita akan teruskan usaha ini,” katanya.

Menyentuh lawatannya ke sekolah berkenaan, Fahmi berkata beliau mendapati beberapa penambahbaikan pelbagai kemudahan seperti tandas dan penyaman udara serta aspek ‘non-structural’ perlu dilakukan.

Justeru tindakan susulan akan dilaksanakan bagi tujuan itu.

“Di SK Bangsar ada beberapa perkara sedang diteliti termasuk menambah baik tandas dan kawasan yang tak dilakukan mungkin sejak 2016 dulu.. nampak macam ada retakan kecil sedang ditambah baik.

BACA LAGI: KPM tambah lagi 11 Sekolah K9 baharu, tangani isu keciciran murid di pendalaman

“Pemaju di kawasan sekitar dan Jabatan Kerja Raya (JKR) juga sedang meneliti (penambahbaikan)… insya-Allah kita akan susuli dengan beberapa tindakan untuk membantu menambah baik kemudahan di SK Bangsar,” katanya.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi sebelumnya meluangkan masa kira-kira hampir sejam meninjau sekolah berkenaan.

Related Articles

Back to top button