Negeri

Selangor meterai MoU dengan Kedah, kongsi kepakaran urus utiliti

Kerajaan Selangor akan perkongsian kepakaran, teknologi, dan khidmat nasihat berkaitan pembangunan infrastruktur utiliti dengan negeri Kedah.

Usahasama tersebut membabitkan agensi milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor, Koridor Utiliti Selangor (Kusel) dan Utiliti Infra Darul Aman (UiDA).

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dengan termeterainya kerjasama bersejarah itu ia telah membuktikan kedua-dua negeri mampu bergerak matang tanpa menjadikan perbezaan politik sebagai alasan demi kepentingan rakyat.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kerjasama antara Kusel dan UiDA. Ini membuktikan Malaysia bergerak kepada usaha kerjasama yang matang dan pragmatik.

“Inilah prinsip Kita Selangor dan ikthiar yang dibawa oleh perdana menteri. Selangor turut bertekad meneruskan pendekatan ini demi kemaslahatan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Amirudin dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Kusel dan UiDA di bangunan pentadbiran Selangor di Shah Alam pada Selasa.

BACA LAGI: Selangor terus jaga kebajikan komuniti Orang Asli – Menteri Besar

Kusel diwakili pengarah urusannya Khairul Azmi Misran, manakala UiDA diwakili ketua pegawai eksekutifnya Ahmad Taufik Radzi. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MBI Selangor Saipolyazan M Yusop.

Muhammad Sanusi sementara itu menyifatkan Selangor mempunyai pengalaman luas dalam mengurus infrastruktur utilitinya, memandangkan Selangor memiliki lebih 24,000 kilometer (km) jajaran paip berbanding 14,000 km jajaran paip di seluruh Kedah.

“Kedah pilih Selangor kerana utiliti di Selangor ada cabaran. Ia seolah-olah kita mahu belajar subjek matematik tambahan dengan Selangor, jadi kena mai (jumpa) cikgu,” katanya.

Related Articles

Back to top button