Mahkamah

Rafizi bakal saman Wan Ahmad Fasysal susulan kenyataan fitnah

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bakal memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ia berikutan dakwaan Ketua Pemuda BERSATU bahawa Rafizi menyalahgunakan dana kementerian untuk membayar tentera siber.

“Saya telah mohon pasukan peguam saya untuk memulakan proses saman terhadap @wanfayhsal kerana membuat fitnah terbuka bahawa saya membela macai (iaitu saya membayar ‘cybertrooper’ (tentera siber) dan saya menyeleweng duit kementerian membayar ‘cybertrooper’,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman sosial, X pada Sabtu.

Sebelum ini, seorang pengguna X mendakwa seorang individu yang mempunyai pengikut TikTok yang ramai menerima bayaran daripada Kementerian Ekonomi kerana kandungan mereka.

BACA LAGI: Fahmi mohon kes saman terhadap 3 individu dibicara bersama

Sebagai respons, Wan Fayhsal dalam komen di posting itu mendakwa individu itu antara pengikut Rafizi.

“Semua ni macai belaan @rafiziramli. Sedapnya guna duit Kementerian buat kerja macai politik!,” kata Wan Ahmad Fayhsal pada Jumaat.

Sementara itu Rafizi menegaskan, beliau tidak pernah saman sesiapa, namun fitnah Wan Ahmad Fayhsal adalah kes yang sangat jelas bila dibawa ke mahkamah.

Related Articles

Back to top button