Politik

Pemimpin jangan jadi tokoh pecah belah – AMK

Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Bryan Ng Yih Miin membidas kenyataan beberapa tokoh politik veteran yang baru-baru ini mengutarakan pandangan janggal dan tidak mencerminkan definisi sebenar kemerdekaan.

Bryan melalui satu kenyataan berkata, pemimpin politik perlu menghentikan taktik politik memecah-belahkan masyarakat majmuk di negara ini sebaliknya perlu fokus membantu usaha pembangunan serta kemakmuran bersama sebagai satu bangsa Malaysia.

“Antara ciri kemerdekaan sebenar adalah apabila bekas pemimpin menunjukkan kematangan dengan memberi pandangan yang sahih dan konstruktif untuk menyokong kerajaan semasa atau jika tidak, sekurang-kurangnya mereka tidak sewenang-wenangnya mengelirukan rakyat,” katanya.

Beliau sebelumnya merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa negara ini tidak benar-benar merdeka kerana rakyat dinasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak membangkitkan isu kaum, raja dan agama.

“Dr Mahathir seolah-olah terlupa yang ketika pentadbirannya, Akta Hasutan masih lagi digunakan dan segala tindakan diambil pihak berkuasa kini adalah berdasarkan undang-undang sedia ada, bukan atas arahan Perdana Menteri semata-mata.

“Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pula mendakwa, Malaysia hanya akan benar-benar merdeka apabila partinya memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

“Prestasi pentadbiran PAS di Kelantan dan Terengganu, termasuk kegagalan menangani isu air serta ekonomi, mungkin itulah jenis “kemerdekaan” yang PAS ingin ulangi di Sabah,” katanya.

BACA LAGI: Pas galak bina naratif jahat kerana bimbang Islam makin subur dibawah Kerajaan Perpaduan

Justeru melalui kenyataan tersebut beliau menyeru agar rakyat mudah terpengaruh dengan segala hasutan berasaskan agama atau bangsa.

“Rakyat perlu berfikir secara rasional dan tidak membiarkan emosi menguasai pemikiran.

“Ahli politik sering kali mengabaikan moral dan tatasusila demi kemenangan tetapi rakyat Malaysia diberkati dengan akal untuk membuat pilihan yang bijak,” katanya dipetik.

Related Articles

Back to top button