Politik

Kerajaan pimpinan PM Anwar tak akan goyah sekalipun PN usul undi tak percaya – Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan Kerajaan Perpaduan tidak akan goyah sekiranya Perikatan Nasional (PN) mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kedudukan Kerajaan Perpaduan ketika ini amat kukuh dengan melebihi dua pertiga.

“Kerajaan Perpaduan ada 153 sokongan Ahli Parlimen iaitu melebihi dua pertiga, kerana dua pertiga adalah 148 kerusi.

“Pada masa sama, kita yakin solidariti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan akan terus kukuh dan tidak goyang walau apa pun cubaan dilakukan oleh pihak pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu program di Kluang, Johor pada Ahad.

Terdahulu, Perdana Menteri mencabar pembangkang menghantar usul undi tidak percaya terhadap beliau pada Sidang Dewan Rakyat Oktober ini.

BACA LAGI: Belanjawan 2025 fokus selesai isu harga barang, kos sara hidup

Pada ucapan di Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia MADANI di Stadium Axiata, Bukit Jalil pada Jumaat Anwar berkata, pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan bermain sentimen menggesanya ‘turun’ daripada jawatan itu.

Ia sebagai respon kepada gesaan beberapa perwakilan dan pimpinan Pas di Muktamar Tahunan ke-70 parti itu yang menuntut Anwar meletak jawatan.

Related Articles

Back to top button