Semasa

PM Anwar arah MCMC selesai segera isu capaian internet di IPTA – Fahmi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu isu capaian internet di beberapa kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) segera diselesaikan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri mahu perkara itu diuruskan segera kerana kebanyakan IPTA akan memulakan semester baharu tidak lama lagi.

“Perdana Menteri mengarahkan supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) segera melaksana perkara itu.

“Arahan itu disampaikan pada mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya.

BACA LAGI: Daftar dulu, jangan risau yuran pendaftaran kemasukan universiti 

Sementara itu Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beliau dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah mengambil maklum arahan itu dan akan memberi tumpuan untuk menguruskannya dengan segera.

“Ada beberapa perkara membabitkan pengurusan di kampus-kampus di bawah UA yang mana ada sesetengahnya, mereka mempunyai vendor yang menyediakan internet mereka sendiri.

“Insya-Allah saya dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menguruskan segera isu itu,” tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Related Articles

Back to top button