Negeri

Masalah pesawah KADA bakal selesai tidak lama lagi – Perdana Menteri

Masalah yang sedang dialami oleh pesawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan segera selesai, jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melalui ucapan di majlis Ramah Mesra Bersama Peniaga-peniaga Pasar Besar Siti Khadijah di Laman Siti Khadijah di Kota Bharu pada Selasa, Anwar berkata pada 18 September lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah membuat rayuan ke atas larangan pembinaan apa-apa struktur merentasi sungai kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) Kelantan.

“Kertas rayuan ini telah dibentang oleh Datuk Timbalan KSU (Pembangunan) KPKM.

“Melalui persidangan tersebut, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju memberi kelulusan bersyarat kepada KPKM dan KADA bagi pelaksanaan projek berkenaan iaitu tertakluk kepada laporan teknikal pakar dan memenuhi keperluan perundangan,” katanya

Sementara itu Anwar memaklumkan peruntukan RM20 juta yang diumumkan pada Mei lalu bagi pembelian pam air untuk kegunaan pesawah di Kelantan, sudah lama diluluskan.

Bagaimanapun jelasnya, pelaksanaan projek mengambil masa berikutan timbul beberapa masalah membabitkan proses kelulusan daripada Kerajaan Negeri untuk membina laluan tanah bagi membolehkan kegunaan pam baharu.

BACA LAGI: Bantuan untuk pesawah terjejas banjir di Kedah akan dipercepatkan

“Pam air yang sedia ada tidak sampai kepada permukaan air untuk disalurkan kepada kawasan sawah kerana musim kemarau dan paras air sungai yang rendah.

“Kita sudah mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Kelantan dan mereka setuju meluluskan projek laluan tanah (di Sungai Kelantan). Dalam musim kemarau pam itu akan terus dimasuki air untuk kegunaan tanaman padi dan sayuran,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button