Parlimen

Johari ketuai delegasi Parlimen Malaysia ke mesyuarat ASEAN-AIPA Leaders di Laos

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengetuai delegasi Parlimen Malaysia ke mesyuarat ‘The 13th ASEAN-AIPA Leaders’ Interface di Vientiane, Laos.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat selama dua hari bermula hari ini akan menjadi platform signifikan dalam memperkukuh hubungan antara cabang eksekutif dan legislatif negara anggota ASEAN melalui pertukaran pandangan dan perbincangan isu-isu serantau.

“Johari juga bakal mengadakan pertemuan rasmi dengan Pengerusi Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN merangkap President of the National Assembly of Lao People’s Democratic Republic Xaysomphone Phomvihane.

“Pertemuan bagi membincangkan pelbagai isu yang melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Laos serta usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang perundangan dan penggubalan dasar untuk mempererat hubungan diplomatik kedua-dua negara,” kata kenyataan itu.

BACA LAGI Johari gesa ahli Parlimen serius bahas Belanjawan 2025, tidak main retorik politik

Selain itu kedua-dua pemimpin dijangka akan bertukar-tukar pandangan mengenai inisiatif pembangunan mampan di rantau ASEAN.

Ia membabitkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan teknologi hijau selain memperkukuh peranan Parlimen dalam menangani isu-isu serantau seperti perubahan iklim, keselamatan makanan dan pembangunan ekonomi inklusif juga akan dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin,” tambah kenyataan tersebut.

Related Articles

Back to top button