Sukan

PM Anwar seru rakyat aktif bersukan, kekal kesihatan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat di negara ini agar aktif bersukan untuk mengekalkan kesihatan.

Melalui hantaran di laman X, beliau berkata selain kekal sihat, penglibatan dalam aktiviti sukan juga dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan komuniti.

“Sempena sambutan Hari Sukan Negara tahun ini yang disambut penuh meriah dan bersemangat diseluruh negara, moga budaya sukan terus diamalkan dalam membina gaya hidup cergas dan aktif ke arah negara bersukan.

“Selamat Hari Sukan Negara 2024!,” katanya.

Hari Sukan Negara (HSN) bertujuan untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif ke arah negara bersukan.

BACA LAGI: 10 negeri terima geran naik taraf padang di stadium utama

Sambutan peringkat kebangsaan disambut semalam dengan lebih 4.5 juta rakyat menyertai pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi dianjurkan di seluruh negara.

Bagi negeri Sarawak, ia dilangsungkan hari ini bagi menghormati sambutan ulang tahun kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang diraikan semalam.

Related Articles

Back to top button