Semasa

Kerajaan MADANI komited pastikan Malaysia tidak jadi tempat pembuangan sisa elektronik

Kerajaan MADANI memberi komitmen memastikan negara tidak lagi menjadi tempat pembuangan dan transit sisa elektronik (e-sisa) berjadual dari luar negara.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad ketika sidang media selepas merasmikan Karnival Jom E-Waste 2024 sempena Hari E-Waste Antarabangsa, di Kuala Lumpur pada Sabtu berkata, komitmen itu selaras Konvensyen Basel.

“Konvensyen terbabit menetapkan semua pergerakan bahan buangan terjadual yang merentasi sempadan perlu mendapat kelulusan sebelum aktiviti transit, penghantaran, import dan eksport dibuat,” katanya.

Sementara itu beliau menasihatkan orang ramai untuk mengumpul dan melupuskan e-sisa secara lestari di pusat-pusat pengumpulan berdaftar bagi memelihara alam sekitar.

“Bagi memastikan pengurusan yang mesra alam, orang ramai boleh menghantar e-sisa ke 251 pusat pengumpulan e-sisa berdaftar serta 64 kemudahan pemerolehan kembali di seluruh negara.

“Selain itu, sebagai inisiatif lain dalam menghadapi cabaran berkaitan e-sisa ini, kerajaan akan terus komited melaksanakan program iaitu Hari Pengumpulan E-sisa yang akan diadakan setiap hari Sabtu terakhir setiap bulan,” katanya.

BACA LAGI: NRES lancar Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0, ke arah ekonomi rendah karbon

Karnival Jom E-sisa dianjurkan sempena Hari E-sisa Antarabangsa Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pengurusan e-sisa secara betul dan mempromosikan ekonomi kitaran bagi peralatan elektrik dan elektronik.

Related Articles

Back to top button