Politik

Pemimpin AMK bidas sikap Fuad Zarkashi

Pimpinan kanan Angkatan Muda Keadilan (AMK) membidas sikap segelintir pemimpin UMNO yang dilihat seolah-olah mahu terus mahu berbalah dengan parti lain dalam kerajaan.

Pengarah Strategik AMK Pulau Pinang, Ahmad Fazley Abdul Hafiz berkata kritikan dan berterusan antaranya dari Ahli Majlis Kerja Tertinggi Datuk Mohd Puad Zarkashi mengambarkan dirinya tidak berminat mendukung aspirasi Kerajaan Perpaduan dan seolah-olah mahu ‘menghancurkan’ kemurnian pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Janganlah kerana kepentingan peribadi dan orang tertentu, kita hendak hancurkan kemurnian dalam Kerajaan Perpaduan ini,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Hantaran itu sebagai respon kepada tuduhan Ahmad Puad Zarkashi kononnya perdana menteri seolah-olah merestui pimpinan parti dalam kerajaan mengkritik sesama sendiri.

Ia susulan sikap berdiam diri perdana menteri terhadap dakwaan Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendakwa diarahkan agar tidak mencabar kiraan semula undi ketika tewas kepada Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2022.

BACA LAGI: Mindef bidas pihak politikkan isu kapal tentera berlabuh

“Jadi apa yang kamu mahu PM Anwar buat? Adakah kamu mahu kerajaan ini terus berbalah dan berantakan, baru puas hati?

“Di mana kamu bila saudara Akmal Ketua Pemuda UMNO serang kami dengan pelbagai perkara secara terbuka? Apa yang kita mahukan daripada sesetengah ahli UMNO seperti Puad Zarkashi ialah perasaan hormat menghormati antara parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan ini,” tambah Ahmad Fazley.

Beliau melalui hantaran sama turut mengingatkan bahawa Kerajaan Perpaduan ditubuhkan atas saranan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, susulan tiada parti yang mendapat majoriti yang diperlukan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Related Articles

Back to top button