AnwarNasional

73.4 peratus pengundi Selangor menyenangi pentadbiran Anwar

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima persepsi positif dikalangan pengundi di Selangor.

Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) , Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata begitu sebagai merujuk kajian dijalankan IDE pada 12 hingga 15 Mei lepas, melibatkan 1,693 responden meliputi 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Dapatan kajian mendapati 73.4 peratus pengundi berpuas hati terhadap pentadbiran Anwar, 18.7 peratus mempunyai persepsi negatif kepada Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan selebihnya mengambil sikap berkecuali.

Daripada peratusan pengundi yang berpuas hati, sebanyak 26.3 peratus melihat Anwar sebagai pemimpin yang membawa agenda Malaysia Madani ke arah negara yang lebih cemerlang.

16.9 peratus yakin beliau mampu menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini, 16.1 peratus percaya Anwar sebagai pemimpin yang membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa.

14.1 peratus pengundi pula melihat pemimpin itu mampu mengekang kenaikan kos sara hidup.

Menyentuh mengenai PRN Selangot akan datang, keputusan kajian juga menunjukkan, seramai 58 peratus akan mengundi parti PH dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti Kerajaan Perpaduan pada PRN nanti manakala 16 peratus lagi memilih untuk mengundi Perikatan Nasional (PN).

Seramai 26 peratus responden masih menjadi undi atas pagar, namun mempunyai persepsi yang positif sebanyak 69.1 peratus terhadap Anwar.

Dikalangan pengundi kali pertama pula, kajian mendapati 50 peratus daripada mereka memilih untuk mengundi PH-BN, PN (17 peratus) dan atas pagar (33 peratus).

Namun katanya, trend pengundian tersebut akan mendapat gambaran yang lebih jelas pada minggu kedua kempen PRN nanti, malah secara kebiasaannya 20 peratus dalam kalangan pengundi atas pagar akan membuat keputusan mereka, dua hari sebelum hari mengundi.

Related Articles

Back to top button