Semasa

Fasiliti kesihatan daif akan segera di naik taraf – Dr Dzulkefly

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberi jaminan bahawa fasiliti kesihatan daif akan segera di naik taraf.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Program MADANI Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Pahang 2024 di Dataran Bandar Diraja di Pekan, Pahang pada Sabtu beliau berkata, langkah itu selari pengumuman peruntukan Belanjawan 2025 bagi kementeriannya.

“…apa yang dipesan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, penyelenggaraan itu termasuk perkhidmatan, tandas, wad-wad dan lain-lain.

“Fasiliti yang akan dinaik taraf ialah klinik yang daif menerusi pemberian peruntukan RM300 juta berbanding belanjawan sebelum ini RM150 juta maka kami boleh laksanakan naik taraf klinik termasuk di kawasan pedalaman dan klinik desa

“Datuk Seri Anwar menyebutkan kepada saya untuk melakukan perkara-perkara ini dengan segera. Maknanya perkara ini tidak akan ditunggu pelaksanaannya dilakukan segera,” katanya.

BACA LAGI: Kementerian Kesihatan lancar dua pelan tindakan berkaitan warga emas

Pada pembentangan Belanjawan 2025 semalam, KKM menerima peruntukan kedua tertinggi iaitu RM45.3 bilion tahun depan, berbanding RM41.2 billion tahun ini, untuk menjalankan tugas-tugas asas termasuk memastikan kemudahan perkhidmatan kesihatan awam yang berkualiti, selesa dan mesra rakyat.

Peruntukan berkenaan meliputi RM1.35 bilion bagi menyelenggara prasarana kesihatan termasuk membaiki tandas hospital yang uzur dan wad-wad pesakit yang usang.

Related Articles

Back to top button