Global

Penting bagi agensi antirasuan M’sia -Vietnam kerjasama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya untuk agensi antirasuah Malaysia dan Vietnam bekerjasama dan mengadakan perkongsian bersama.

Beliau berkata begitu sebagai mengulas pertemuan dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam (CPV), Ngunyen Phu Trong pada siri lawatannya ke Vietnam.

Menurut Anwar, pada pertemuan itu beliau dan pemimpin CPV berkenaan berpeluang untuk berbincang berkenaan hubungan dua hala Malaysia dan Vietnam yang terjalin sejak 50 tahun dahulu.

“Saya menzahirkan perasaan gembira di atas status kerjasama dua hala sedia ada, serta usaha untuk mengukuhkan hubungan dua hala.

“Saya turut dimaklumkan Phu Trong sering berbicara soal antirasuah dan tata kelola yang baik di Vietnam dan kami berdua dapat bertukar pandangan terkait perkara ini serta keperluan untuk agensi antirasuah kedua-dua negara bekerjasama dan mengadakan perkongsian bersama,” katanya melalui perkongsian di Twitter.

Terdahulu, pada lawatan hari pertamanya semalam Anwar diberikan sambutan rasmi oleh rakan sejawatnya, Pham Minh Chinh di Istana Presiden sebelum kedua-dua pemimpin itu mengadakan mesyuarat bilateral di Government Office.

Kedua-dua pemimpin itu kemudian menyaksikan pengesahan minit hasil Mesyuarat Ketujuh Suruhanjaya Bersama (JCM) Malaysia dan Vietnam.

Dalam pada itu, Anwar banyak perkara positif terpancar menerusi pertemuan kedua-dua pemimpin itu.

Perdana Menteri turut menegaskan keseriusan kepada rakan sejawatnya itu untuk mengukuhkan kerjasama Malaysia dan Vietnam, terutamanya dalam bidang pelaburan dan perdagangan, pertanian, pertahanan dan keselamatan serta industri halal.

Related Articles

Back to top button