Semasa

Kerajaan jadikan tatakelola, antirasuah asas rencana hala tuju negara

Kerajaan MADANI meletakkan agenda reformasi tatakelola pentadbiran dan juga hal berkaitan integriti serta antirasuah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, perkara itu akan menjadi asas keutamaan dalam merencana hala tuju negara dengan lebih baik di bawah pentadbirannya.

Tambahnya, pendirian itu dikongsikannya pada sesi perjumpaan bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola Integriti dan Anti Rasuah Dewan Negara di pejabatnya di Putrajaya pada Isnin.

“Walhasil, pelbagai isu telah dibincangkan dalam menjulang agenda reformasi yang dirancang ini termasuk mengadakan sesi libat urus selain mengesyorkan cadangan penambahbaikan agar usaha dalam mereformasikan institusi dapat dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya menerusi hantaran ringkas itu.

BACA LAGI: Perundangan baharu bakal diperkenal, kukuh tatakelola Badan Berkanun Persekutuan

Sebagai rekod Perdana Menteri pada April lalu menegaskan Malaysia perlu belajar daripada pengalaman dan kelemahan lampau berkait rasuah serta jurang antara golongan miskin dan kaya yang masih melebar.

Beliau berkata, kelemahan itu menjadi faktor mendorong Kerajaan MADANI untuk memberi tumpuan penuh terhadap usaha memperbaiki tata kelola dan tanggungjawab fiskal.

Related Articles

Back to top button