Semasa

KPKT komited pastikan projek perumahan awam berprestasi unggul

Kerajaan MADANI berhasrat untuk menjadikan Program Residensi Rakyat (PRR) sebagai program perumahan awam berprestasi unggul.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) , Nga Kor Ming berkata, bagi tujuan itu kerajaan memperuntukkan RM185 juta untuk penyelenggaraan rumah strata kos rendah dan sederhana termasuk RM88.1 juta bagi penggantian lif usang.

“Inisiatif-inisiatif ini akan memberi impak yang positif kepada sektor perumahan dan memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi negara,” katanya ketika sesi libat urus bersama media sempena pembentangan Belanjawan 2025, di Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas mengenai belanjawan yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat minggu lalu beliau berkata, Kerajaan memperuntukkan RM900 juta bagi PRR dan RMR (Rumah Mesra Rakyat).

BACA LAGI: Undang-Undang akan diperketat, kekang pemaju perumahan menipu

Peruntukan itu membabitkan sebanyak 48 PRR, 14 projek RMR dan tiga projek baharu membabitkan 600 unit rumah dalam Pembangunan Perumahan Inklusif Madani (PIM), PRR Kampung Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan dan PRR Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

“KPKT turut meningkatkan kadar siling bina baharu kepada RM90,000 daripada RM75,000 serta menaikkan kadar siling baik pulih rumah rakyat kepada RM20,000 daripada RM10,000.

“Ia dapat membantu rakyat, terutama komuniti yang mendiami kawasan luar bandar bagi meningkatkan taraf hidup mereka,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button