Semasa

Gaji minimum: PM ambil maklum pandangan semua pihak – Fahmi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil maklum mengenai kebimbangan berhubung cadangan kenaikan gaji minimum serta peningkatan sumbangan wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata isu berkenaan turut dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri pada Jumaat.

“Ya, ada dibincangkan termasuk beberapa aspek merangkumi pandangan PKS (perusahaan kecil dan sederhana), pandangan daripada syarikat yang usahakan ladang-ladang, mengenai beberapa keputusan atau pengumuman pada Belanjawan 2025.

“Perdana menteri telah dimaklumkan tentang pandangan ini dan sudah pasti beliau akan mengambil kira (semua pandangan serta kebimbangan) dan kita tunggu sebarang keputusan sewaktu penggulungan nanti, insya-Allah oleh pihak Kementerian Kewangan,” katanya yang juga Menteri Komunikasi.

BACA LAGI: Gaji minimum RM1,700 naik martabat pekerja – SERI

Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Malaysia) pada 22 Okt lepas menyuarakan kebimbangan berkenaan

Presiden Kebangsaan SME Malaysia Chin Chee Seong dilaporkan berkata walaupun usaha kerajaan untuk meningkatkan kebajikan pekerja dihargai, pelaksanaan dasar itu tanpa sokongan tambahan bakal menggugat kelangsungan sektor PKS.

Related Articles

Back to top button