Semasa

RUU ONSA akan dibentangkan, tutup kelompongan perundangan berkaitan buli siber

Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian (ONSA) dijangka akan dibentangkan ke Dewan Rakyat pada awal Disember ini untuk bacaan kali kedua.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil, ia susulan mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat bersetuju secara dasar meluluskan pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah berkaitan isu buli siber.

“Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan secara dasar, siri pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah berkaitan isu buli siber.

“Selain itu, (kerajaan juga bersetuju untuk membawa) satu undang-undang yang dinamakan RUU Keselamatan Dalam Talian atau ‘Online Safety Act’,” katanya.

Sementara itu Fahmi menjelaskan, pindaan terhadap undang-undang ini bertujuan memastikan keseluruhan Internet kita menjadi lebih selamat, terutama untuk kanak kanak dan keluarga.

BACA LAGI: RUU Keselamatan Dalam talian untuk kekang jenayah, bukan sekat kebebasan bersuara

Selain itu ia bertujuan menutup kelompongan undang-undang terbabit atau lebih dikenali sebagai ‘lacuna in the law’.

“Dapatan kajian oleh kerajaan nmenunjukkan tidak ada takrifan tepat bagi jenayah buli, termasuk buli siber.

“Saya tegaskan secara keseluruhan, ini adalah langkah yang kita perlu ambil bagi menutup kelompongan (dalam undang-undang terbabit)… untuk kita mengambil tindakan lebih tegas terhadap mereka yang (melakukan) buli siber,” katanya.

Related Articles

Back to top button