PM Anwar sumbang kelengkapan Deepavali kepada keluarga Joselyn Dewi
Kisah Joselyn Dewi yang menyambut perayaan Deepavali dalam suram Deepavali bersama tiga adik-beradiknya tahun ini mendapat perhatian Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui hantaran di laman Facebooknya berkata, beliau diwakili Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi telah menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
“Saya dimaklumkan bahawa saudari Joselyn perlu memikul amanah selaku ketua keluarga selepas kematian bapa manakala ibunya pula pulang ke Filipina.
“Beliau juga perlu membesarkan dua orang adik-beradik yang masih bersekolah serta seorang adik bongsu yang menghidap autisme,” katanya.
Sebuah portal berita baru-baru ini berkongsikan kisah Joselyn, 27 yang menyara keluarganya dengan menjalankan perniagaan.
Susulan perniagaan yang merosot, beliau ada ketikanya terpaksa mengambil upah membasuh pinggan di restoran.
BACA LAGI: KDN pastikan permohonan kewarganegaraan lalui proses telus, adil ikut undang-undang
Josely turut berdepan masalah mendapatkan pekerjaan susulan statusnya tidak mempunyai kad pengenalan susulan status perkahwinan ibu bapanya dibuat selepas kelahirannya.
“Joselyn turut memaklumkan masalah beliau untuk mendapatkan kad pengenalan dan saya telah meminta saudara Farhan untuk membantu memanjangkan permohonan ini sesegera mungkin,” tambah Anwar.