SemasaUncategorized

Undang-undang akan dipinda untuk bendung pencerobohan nelayan asing

Kerajaan sedang merancang untuk meminda undang-undang bagi membendung pencerobohan kapal nelayan asing di perairan negara.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, pencerobohan nelayan asing merupakan ancaman serius yang bukan sahaja menjejaskan kelestarian sumber daya perikanan tetapi juga menjejaskan mata pencarian nelayan tempatan serta mendatangkan kerugian kepada pendapatan negara.

“Kita mengambil perhatian terhadap aktiviti penangkapan ikan yang tidak sah, tidak dilaporkan dan tidak terkawal (IUU) termasuk aktiviti pencerobohan nelayan asing di perairan negara.

“Jabatan Perikanan sedang berusaha untuk meminda Akta Perikanan 1985 dengan mengenakan denda yang lebih berat. Undang-undang yang dipinda juga boleh mengawal nelayan tempatan daripada sebarang salah laku yang boleh beri tekanan kepada nelayan tradisi,” ujarnya.

BACA LAGi: Kerajaan mula kaji pindaan Akta Hasutan 1948

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis sambutan Hari Perikanan Sedunia (HPS) 2024 di Anjung Floria , Putrajaya pada Sabtu.

Sementara itu tambahnya, aktiviti pencerobohan nelayan asing menunjukkan sedikit pengurangan, namun masih berlaku khususnya di perairan Laut China Selatan, Terengganu, Kelantan, Pahang, Selat Melaka, dan di bahagian Sabah dan Sarawak.

Justeru Kementerian Pertanian melalui Jabatan Perikanan jelasnya sentiasa bekerjasama bersama agensi-agensi penguatkuasaan maritim yang lain termasuk bersama pihak Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara.

Related Articles

Back to top button