Uncategorized

Fahmi bertemu diaspora sempena lawatan ke Turkiye

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menghadiri sesi perjumpaan dengan pelajar dan diaspora Malaysia di Turkiye sempena lawatannya ke negara itu.

Dipetik laporan media, beliau meluangkan kira-kira tiga jam pada majlis itu dan mengambil kesempatan menjelaskan isu terkini Malaysia termasuk berkaitan kepengerusian ASEAN dan perkembangan BRICS kepada 30 pelajar dan diaspora Malaysia.

Dihadiri lapan delegasi dari Malaysia terdiri daripada pelbagai agensi di bawah Kementerian Komunikasi serta Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal, sesi pertemuan itu juga menjadi platform mendengar dan berkongsi pandangan dari diaspora.

Fahmi melakukan lawatan kerja tiga hari ke Turkiye untuk menghadiri Sesi Ke-40 Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Komersial (COMCEC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Sesi itu diadakan di Lütfi Kirdar Congress Centre di Istanbul sehingga hari ini sebagai platform menangani cabaran ekonomi serta menyumbang kepada usaha pembangunan negara-negara anggota.

BACA LAGI: Fahmi mulakan lawatan kerja di Turkiye, wakili Asia di COMCEC

Difahamkan, kali terakhir seorang pemimpin negara menghadiri COMCEC adalah pada 1984 oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 1984.

Pada sesi kali ini Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan dijadualkan memberi kenyataan sebagai wakil Kumpulan Asia negara-negara anggota OIC di COMCEC dan menjadi antara tiga wakil selain Qatar serta Senegal.

Related Articles

Back to top button