Politik

Mahfuz dakwa Sanusi cuba alih perhatian rakyat dari isu dihadapinya

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Muhammad Sanusi Md Nor didakwa cuba mengalih perhatian rakyat dari beberapa isu dihadapinya dengan mendakwa ada ‘plot besar’ dirancang untuk memburukkan imejnya.

“Bagi saya, dia hendak ‘divert’ isu itu kepada soal tindakan polis sedangkan isunya dia yang salah walaupun mahkamah belum putuskan tetapi hina raja itu perbuatannya.

“Dia bukan sahaja hina raja tetapi dia juga hina ALLAH sebab dia kata MB Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) tak cukup inci.

“Cukup inci tak cukup inci, saya bukan mahu inci besar ini, tinggi ini Tuhan yang bagi saya tinggi ini,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Selasa lalu, Muhammad Sanusi tuduhan di mahkamah Sesyen Selayang bagi menghadapi dua pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina Sultan Selangor.

Beliau kemudian menyifatkan pertuduhan itu sebagai bukti kerajaan menggunakan pihak berkuasa untuk menyekat suara rakyat.

Kemudian Sanusi dikaitkan pula dengan beberapa isu berkaitan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang dekat Sik, Kedah.

Dia kemudian menyatakan ada kemungkinan ia satu plot besar dirancang memburukkan imejnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Perkara tersebut tidak boleh dibiarkan dan pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang tidak kira lapisan rakyat termasuk pemimpin yang melakukan kesalahan.

“Takkanlah kita nak biarkan, jadi susahlah bila saya berhujah kalau orang besar buat salah kita tidak boleh ambil tindakan kerana apa, kerana orang kata itu politik.

“Orang besar akan bebas lah dari sebarang tindakan undang-undang. Maknanya orang besar bebas dari buat salah. Jadi tutuplah balai polis, tutuplah mahkamah… kita buat negara Taliban,” ujar Mahfuz lagi.

Related Articles

Back to top button