Semasa

Tuduh Islam terancam naratif palsu kelirukan rakyat – Timbalan Menteri Agama

Dakwaan mengatakan Islam terancam dan tergugat di bawah pentadbiran kerajaan MADANI adalah naratif palsu yang direka untuk mengaburi mata rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, sebaliknya kerajaan Madani terus konsisten memperjuangkan syiar Islam malah memastikan kedudukan agama itu sentiasa terjamin.

“Sudah banyak inisiatif kerajaan dan program-program yang sedang digerakkan bagi mengimarah, menghidupkan syiar Islam dan membentuk umat Islam di Malaysia,” katanya dalam Sesi Syarahan Ilmiah dan Sesi Penyampaian Mock Cheque Bantuan Zakat Tabung Haji di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur.

Program tersebut turut menyaksikan UPNM menerima bantuan Program Iqra’ daripada pihak Tabung Haji (TH) sebanyak RM350,000 bertujuan membantu pelajar asnaf dan B40 dalam bentuk yuran pengajian serta program yang bermanfaat.

BACA LAGI: PM Anwar undang Syeikh Ali Jum’ah ke Malaysia, teruskan pengajaran turath Islami

Sementara itu Dr Zulkifli berkata, desaan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membina persetujuan bersama di peringkat antarabangsa bagi menyingkir Israel daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerajaan MADANI mempromosikan nilai kemanusiaan dan keharmonian sehingga ke pentas antarabangsa.

Jelasnya,usul Perdana Menteri yang diterima dalam resolusi menerusi Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini merupakan manifestasi terhadap komitmen dan ketegasan Anwar memperjuangkan nasib Palestin.

Related Articles

Back to top button