Semasa

Kementerian Pendidikan sedia pertimbang kelonggaran syarat pertukaran guru

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha memastikan kebajikan golongan guru.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu acara di Sepang pada Rabu beliau berkata, bagi tujuan itu KPM sedia mempertimbangkan cadangan pengurangan tempoh tiga tahun pertama perkhidmatan sebagai syarat memohon pertukaran guru

“Pertimbangan itu sentiasa ada, sebab itu dalam jawapan kita di Parlimen…penegasan-penegasan kita, isu kebajikan guru itu menjadi keutamaan.

“Jadi yang disebut oleh NUTP (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia) itu (longgar syarat pertukaran guru) adalah selari dengan apa sedang kita laksanakan sekarang dalam polisi dan dasar kita khusus berkaitan isu tersebut,” katanya selepas majlis pecah tanah untuk membina dua sekolah rendah awam di Bandar Gamuda Cove.

NUTP sebelum ini menggesa KPM mempertimbangkan syarat memohon pertukaran guru bagi mengelak kisah Cikgu Din berulang.

Sebagai rekod, pada Oktober lalu, menerusi perkongsian warganet di Facebook, Cikgu Din atau nama sebenar Mohamad Izzudin Izhar berharapan untuk bertukar ke Semenanjung demi isterinya yang bertarung nyawa melawan kanser tulang rawan tahap empat.

BACA LAGI: Semua kerosakan sekolah akibat banjir akan dibaik pulih segera

Hasil perbincangan dilaksana Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dan Kelantan kemudian, KPM memaklumkan guru yang bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ming Wok, Kanowit, Sarawak itu ditempatkan di sekolah berhampiran isterinya untuk tempoh sementara.

Mohamad Izzudin menerusi perkongsiannya di aplikasi WhatsApp pada Selasa memaklumkan, isterinya Nur Atiqah My Yusoff, 30 menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu pada Isnin malam.

Related Articles

Back to top button