Semasa

Ihsan Komuniti Madani: Fahmi hulur bantuan kepada 14 pengamal media terjejas banjir

Kementerian Komunikasi menyerahkan bantuan Pasca Banjir Ihsan Komuniti Madani kepada 14 pengamal media terjejas bencana banjir di Terengganu baru-baru ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, bantuan kewangan RM1,000 untuk setiap mangsa itu sebagai tanda keprihatinan pihaknya kepada petugas media yang diuji sewaktu bencana tersebut baru-baru ini.

“Saya difahamkan walaupun terjejas banjir, mereka masih bertugas seperti biasa untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai dan ini sangat kita hargai,” katanya selepas menyampaikan sumbangan itu di Kuala Terengganu pada Khamis.

Pengamal media terbabit merupakan sebahagian 109 mangsa yang terpilih menerima bantuan menerusi program Pasca Banjir Ihsan Komuniti Madani berkenaan.

BACA LAGI: Kerajaan umum bantuan RM400 untuk lebih 300,000 pekebun kecil terjejas banjir

Sementara itu, Fahmi memaklumkan sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan akibat banjir telah mula beroperasi semula.

Manakala 97 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara terkesan dengan bencana banjir dan daripada jumlah itu, 88 pusat telah kembali beroperasi.

Related Articles

Back to top button