Politik

Agihan kerusi PH Sabah berjalan lancar, 75 peratus selesai

Pakatan Harapan (PH) Sabah sudah menyelesaikan 75 peratus pembahagian kerusi antara rakan parti gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun hadapan

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah Datuk Peto Galim berkata, ia dicapai menerusi beberapa siri rundingan yang diadakan sebelum ini.

“Jadi ada 25 peratus lagi yang belum dimuktamadkan dan harus diingat ada kawasan-kawasan yang menjadi ‘kerusi panas’ yang akan menjadi pertindihan dan minat kepada semua.

“Kalau kita tidak boleh membuat keputusan yang tuntas, maka kita akan minta bantuan daripada presiden-presiden.

“Kita tidak mahu rundingan ini akan berakhir dengan meja terbalik atau berlaku persengketaan emosi, jadi kita harus profesional dengan perkara begini,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah itu dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu baru-baru ini.

BACA LAGI: Penerima STR di Sabah, Sarawak tiada akaun bank terima bantuan secara terus

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Pusat merangkap Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Razeef Rakimin pada sidang media sama memaklumkan, pihaknya berharap rundingan itu dapat diselesaikan selewat-lewatnya Januari depan.

“Kalau kita dapat selesaikan bulan ini, kita akan selesaikan. Kalau tidak, selewat-lewatnya awal Januari tetapi di peringkat PH setakat ini tiada masalah, kita dalam perundingan,” katanya.

Related Articles

Back to top button