PRN: KEADILAN pertaruhkan 58 calon di enam negeri
Presiden KEADILAN yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 58 calon akan mewakili parti itu dalam PRN enam negeri 12 Ogos ini.
Pada Majlis Pengumuman Calon di Padang Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi, Anwar memaklumkan 20 calon KEADILAN akan bertanding di Selangor, 13 di Pulau Pinang, 10 di Kedah, masing-masing enam di Kelantan dan Negeri Sembilan, serta tiga di Terengganu.
Berikut adalah senarai calon diumumkan malam tadi berdasarkan negeri
Selangor
Permatang – Mohd Yahya Mat Sahri
Bukit Melawati – Thiban Subramaniam
Ijok – Amidi Abdul Manan
Rawang – Chua Wei Kiat
Sungai Tua – Amirudin Shari
Hulu Kelang – Juwairiya Zulkifli
Bukit Antarabangsa – Mohd Kamri Kamaruddin
Lembah Jaya – Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)
Kajang – David Cheong
Seri Setia – Fahmi Ngah
Taman Medan – Ahmad Akhir Paw
Bukit Lanjan – Phua Pei Lei
Paya Jaras – Khairuddin Othman
Kota Damansara – Amin Yazid
Kota Anggerik – Najwan Halimi
Sementa – Erni Afrishah Azizi
Pelabuhan Klang – Azmizam Zaman Huri
Sentosa – Gunarajah R George
Sungai Kandis – Zawawi Ahmad Mughni
Tanjong Sepat – Borhan Aman Shah
Pulau Pinang
Pinang Tunggal – Zainuddin Mohd
Telok Ayer Tawar – Mohsin Md Sharif
Seberang Jaya – Johari Kassim
Penanti – Rohsidi Hussin
Machang Bubok – Lee Khai Loon
Bukit Tengah – Gooi Hsiao Leung
Bukit Tambun – Goh Choon Aik
Sungai Bakap – Norhidayah Che Ros
Kebun Bunga – Lee Boon Heung
Batu Uban – Kumaresan Arumugam
Pantai Jerejak – Fahmi Zainol
Batu Maung – Dr Mohd Abdul Hamid
Pulau Betong – Tuah Ismail
Negeri Sembilan
Chuah – Yew Boon Lye
Sikamat – Aminuddin Harun
Ampangan – Tengku Zamrah Sulaiman
Pilah – Nur Zunita Begum
Labu – Ismail Ahmad
Sri Tanjung – Dr G Rajasekaran
Kedah
Kuah – Ahmad Fauzi Che
Jitra – Sabrina Ahmad
Bukit Pinang – Azhir Zain
Suka Menanti – Zamri Yusof
Gurun – Firdaus Johari
Bukit Selambau – R Suntaraju
Bakar Arang – Loh Wee Chai
Sidam – (akan diumumkan kemudian)
Lunas – Shamsul Anuar Abdullah
Kulim – Teh Lian Ong
Kelantan
Pasir Pekan – Zamansari Ibrahim
Panchor – Syed Mohd Alidustur
Kota Lama – (akan diumumkan kemudian)
Chetok – Izzat Hanuzi
Pasir Tumboh – Aina Naziratul Aini Sayuty
Limbongan – Dr Samsuddin Abdul Ghani
Terengganu
Wakaf Mempelam – Wan Mohd Haikal Wan Ghazali
Manir – Mohd Jusoh
Sura – Osman Umar
Difahamkan, parti komponen lain dalam PH akan menamakan calon-calon mereka dalam masa terdekat.
Barisan Nasional, sehari sebelumnya telah mengumumkan 107 calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) tersebut.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah tersebut merangkumi 62 peratus muka baharu, penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 18 peratus dan pernah bertanding (20 peratus).