Anwar

Perdagangan, pendidikan antara bidang kerjasama Malaysia-Belgium

BRUSSELS: Lawatan kerja hari kedua Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimulakan dengan
mengadakan pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo.

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan mesyuarat selama satu jam di Pejabat Perdana Menteri Belgium di Brussels.

Perbincangan melibatkan usaha memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Belgium dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan dan pelaburan serta pendidikan.

Selain bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, Perdana Menteri juga turut menyentuh isu Palestin.

Lawatan kerja ini merupakan kunjungan sulung Anwar ke Belgium selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dari aspek perdagangan, Belgium merupakan rakan dagang ke-6 terbesar di kalangan negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Sehingga November 2024, jumlah perdagangan di antara Malaysia dan Belgium adalah sebanyak RM10.79 bilion.

Sementara itu, jumlah eksport Malaysia ke Belgium adalah sebanyak RM7.48 bilion manakala import dari Belgium bernilai RM3.31 bilion.

Related Articles

Back to top button