GlobalMahkamah

Jho Low buat onar, curi zaman Najib, kini Anwar dan Rakyat kena tanggung

PETALING JAYA: Hutang negara melambung, subsidi dikurangkan, SST dikenakan semula dan rakyat diminta berjimat cermat.

Tapi jangan lupa, semua itu bukan muncul tiba-tiba. Puncanya jelas iaitu berbilion ringgit wang negara lesap, disapu Jho Low dan konco-konco zaman pemerintahan Najib Razak.

Itulah fakta. Bukan fitnah.

Skandal 1MDB bukan sekadar isu kewangan. Ia pengkhianatan berskala nasional. Lebih USD18 bilion (RM84 bilion) duit rakyat diseleweng kononnya untuk pelaburan strategik tapi akhirnya berakhir di kasino, penthouse, karya seni mahal dan pesta mewah dengan selebriti Hollywood.

Dan siapa dalangnya? Jho Low. Sehingga hari ini masih bebas dan dilaporkan bersembunyi di Shanghai guna pasport palsu.

Hidup senang-lenang. Tapi yang tanggung derita? Rakyat marhaen. Dan kerajaan hari ini yang terpaksa baiki kerosakan tinggalan rejim lama.

Kerajaan sekarang, khususnya di bawah Anwar Ibrahim, tiada pilihan selain membetulkan semula dasar fiskal negara.

Subsidi minyak disasarkan semula agar tidak dinikmati orang kaya. Cukai diperluas. Belanja kerajaan diperketat.

Semua ini dibuat bukan kerana suka-suka tapi kerana kantung negara sudah dikeringkan oleh rompakan besar-besaran satu dekad lalu.

Soalnya, di mana suara-suara yang dulu sibuk pertahankan ‘bosku’? Mana suara yang kini kononnya prihatin rakyat tetapi dulu tutup mata bila duit negara disapu rakus?

Adakah adendum lebih penting daripada wang berbilion ringgit yang telah dicuri? Adakah pembelaan terhadap individu yang sedang menjalani hukuman lebih utama daripada menuntut keadilan terhadap perompak utama dana negara?

Mana suara ketua-ketua UMNO Bahagian yang hari ini berarak menuntut layanan istimewa untuk Najib Razak? Mengapa sunyi bila nama Jho Low disebut? Mengapa tidak ada satu pun sidang media, satu pun kenyataan, satu pun demonstrasi menuntut dia ditangkap dan dibawa pulang?

Mudah sangat mereka lupa siapa punca sebenar beban yang rakyat tanggung hari ini.

Related Articles

Back to top button