RCI Dah Sahkan Tun Salah, Anwar Tak Dakwa Tapi Tun Tetap Tak Tahu Malu

Oleh: Ahmad Yusry
PETALING JAYA: RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) dalam laporan yang telah didedahkan di Parlimen dengan jelas menyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengelirukan Jemaah Menteri pada tahun 2018 hingga menyebabkan Malaysia menarik balik semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes Pulau Batu Puteh.
Akibat tindakan itu, Malaysia hilang kedaulatan terhadap kawasan strategik tersebut kepada Singapura. RCI cadang siasatan jenayah dibuat terhadap Tun.
Tapi apa keputusan Anwar Ibrahim dan Kabinet Madani?
Tak ada tindakan. Anwar tolak dakwaan. Bukan sebab Tun tak salah tapi sebab Tun dah 100 tahun dan dia pernah jadi Perdana Menteri.
Itulah beza Anwar. Dia bukan pendendam. Tapi jangan silap bukan dendam, tak bermakna bodoh. Dan bukan dakwa, tak bermakna lupa.
Tun Diberi Muka. Tapi Dia Balas Dengan Menuduh
Tun sepatutnya malu. Tapi sebaliknya, dia muncul dengan satu lagi tulisan sinis, kononnya mengutuk kerajaan dalam isu Himpunan 26 Julai. Konon PM salah guna kuasa, letak 2000 polis, buat ‘roadblock’ dan reka-reka cerita ada orang bawa senjata.
Orang dah bagi muka, dia balas dengan mulut. Orang tak balas dendam, dia balas dengan fitnah.
Tun Tuduh Salah Guna Kuasa Tapi Dia Lupa, Dia Pernah Guna Kuasa Untuk Bisu Suara Rakyat
Zaman Tun, siapa turun demonstrasi terus disumbat ke Kamunting. Wartawan, aktivis, ahli politik semua kena cekup. Tiada perhimpunan aman. Yang ada hanya perhimpunan ditabur air kimia dan dipijak cota.
Sekarang Tun tiba-tiba konon jadi pejuang hak rakyat berhimpun?
Jangan hina memori rakyat, Tun. Kami ingat. Kami tahu siapa yang takut rakyat turun ke jalan.
Tun Tuduh Ada Orang Bawa Senjata, Ini Tuduhan Jahat
Dalam tulisan dia, Tun kata konon akan ada pihak bawa senjata untuk halalkan sekatan jalan. Soalan mudah, siapa? mana bukti? Atau ini sekadar skrip lama takut himpunan tak menjadi, jadi awal-awal cipta alasan kalau gagal.
Kalau benar ada maklumat, lapor. Kalau tak ada, diam. Jangan tabur fitnah dan burukkan orang lain semata-mata sebab sakit hati kuasa dah hilang.
PM Tak Ambil Tindakan Undang-Undang, Tapi Tun Tetap Tak Bersyukur
Anwar boleh sahaja arah siasatan penuh. RCI sendiri cadangkan. Tapi Anwar kata:
“Ya, dia salah dalam kes Batu Puteh. Tapi kita tak dakwa sebab dia mantan PM dan dia dah 100 tahun.”
Itu bukan tanda lemah. Itu tanda berjiwa besar. Tapi macam biasa, orang yang tak pernah tahu erti kemaafan takkan pandai hargai keampunan.
Tun patut tunduk dan merenung. Tapi sebaliknya, dia terus menulis, terus menyerang, terus sebarkan cerita dongeng seolah-olah dia masih kebal.
Tun Tak Pernah Salah Di Matanya. Tapi Sejarah Dah Tulis Segala-Galanya
Tun lupa satu benda, rakyat hari ini celik. Mereka bukan budak kecil zaman 80-an yang disuap propaganda TV kerajaan. Hari ini maklumat atas tapak tangan. Bukti atas jari. RCI, dokumen, rakaman dan semua jelas.
Anwar tak pernah kata Tun suci. Tapi dia pilih untuk letak nilai kemanusiaan mengatasi amarah.
Tapi Tun? Dah diberi peluang untuk diam dengan hormat, dia pilih terus bersuara dengan dendam.
Tun, Kalau Dah Terang Salah, Tapi Masih Fitnah Itu Bukan Pejuang. Itu Penghasut
Kalau Tun fikir Anwar takut nak dakwa itu salah. Anwar tak dakwa sebab dia tak keji macam Tun. Dia tak akan ulang gaya kuku besi. Tapi itu tak bermakna Anwar tak tahu kebenaran. Dan rakyat pun tahu.
Tun sepatutnya bersyukur diberi laluan bersara dengan tenang. Tapi dia lebih rela mati sebagai penabur benci.
Anwar tak ambil tindakan. Tapi sejarah tetap akan mencatat: Tun salah. Rakyat tahu. Dunia tahu. Dan Tun sendiri dalam hati yang paling dalam tahu.
Penulis bukan generasi yang tunduk. Bukan penakut. Kami baca RCI, kami tonton Dewan Rakyat, kami tahu siapa yang sembang, siapa yang kerja. Dan Tun, anda bukan lagi siapa-siapa dalam pentas ini.