Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub telah meninggal dunia.
Perkara itu dimaklumkan sendiri anak Allahyarham di anaknya, Fatihah Salahuddin melalui satu hantaran di Facebook jam 9:58 malam tadi.
“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada 9.23 malam 23 Julai 2023.
Terdahulu Salahudin dikejarkan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah selepas mengadu mual dan muntah-muntah.
Beliau yang disahkan mengalami pendarahan dalam otak telah ditidurkan selepas selamat menjalani pembedahan di hospital tersebut semalam.
Terdahulu beberapa pemimpin Amanah hadir ke HSB bagi melawat Salahuddin.
Sementara itu Setiausaha Akhbar Salahuddin dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah ibundanya di Kampung Serkat, Tanjung Piai.
“Sehubungan itu, pihak keluarga Allahyarham merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak atas doa dan ingatan diberikan terhadap Allahyarham selama ini.
“Keluarga Allahyarham juga ingin berterima kasih kepada semua doktor dan petugas di Hosptak Sultanah Bahiyah, Alor Setar,” kata Syakirin Husnal.
Untuk rekod, Salahuddin merupakan pemimpin yang tekad memastikan rakyat terutama golongan B40 dapat hidup dengan selesa.
Susulan itu kementeriannya memperkenal beberapa program dibawah ininsiatif Payung Rahmah.
Antara yang paling terkenal dan mendapat sambutan rakyat adalah Menu Rahmah dan Jualan Rahmah.