ekonomiUncategorized

Keputusan salur subsidi secara bersasar, tonjol wajah kecekapan & ketelusan kerajaan buat negara – Taufiq Ismail

PETALING JAYA: Pendekatan kerajaan Madani yang menekankan bantuan bersasar dan dasar berasaskan data ternyata mampu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor Bahru, Taufiq Ismail berkata keputusan menyalurkan subsidi secara bersasar menunjukkan kecekapan dan ketelusan kerajaan dalam mengurus kewangan negara.

“Apabila bantuan diberikan kepada golongan memerlukan seperti B40, warga emas dan ibu tunggal, rakyat nampak kerajaan serius dan prihatin. Ini bukan dasar populis, tetapi berasaskan keperluan sebenar,” katanya.

Menurut Taufiq, penggunaan sistem seperti PADU juga membantu mengurangkan penipuan serta ketirisan dalam agihan bantuan.

“Inilah bukti kerajaan mula membina semula kepercayaan rakyat melalui integriti dan tata kelola yang telus,” ujarnya.

Taufiq turut menyokong penstrukturan semula subsidi kerajaan, termasuk program BUDI MADANI untuk diesel dan penurunan harga RON95 kepada RM1.99 yang disifatkan memberi impak langsung kepada rakyat.

“Walaupun pengurangannya nampak kecil, tapi kesan kepada kos sara hidup rakyat sangat besar. Ini juga penting untuk stabilkan sokongan rakyat marhaen dan memperkukuh kedudukan politik,” katanya lagi.

Beliau turut menyentuh tindakan kerajaan menghapuskan pendekatan subsidi menyeluruh (blanket subsidy) yang sebelum ini turut dinikmati warga asing, dan langkah itu dijangka menjimatkan perbelanjaan negara.

“Duit negara perlu diagih kepada rakyat yang layak, bukan semua pihak. Itu baru adil dan berkesan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan kerajaan tidak membuat keputusan berdasarkan populariti semata-mata.

“Contohnya, Perdana Menteri minta maaf kerana lewat umum harga minyak. Tapi itu kerana ada keutamaan lain seperti pengurangan hutang negara. Ini keputusan yang berdasarkan data dan keperluan, bukan semata-mata mahu tampak popular.

“Usaha merapatkan jurang ekonomi dan mengurangkan kemiskinan perlu terus menjadi agenda utama kerajaan hari ini,” tegasnya.

Baca juga:

Related Articles

Back to top button