AnwarGlobal

Dunia Puji Kepimpinan Anwar Sebagai Pengerusi ASEAN – AIC

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim Club (AIC) menegaskan dunia kini mengiktiraf peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam mendamaikan Thailand dan Kemboja.

Sebagai Pengerusi ASEAN, Anwar berjaya mempamerkan kepimpinan berprinsip yang menjunjung diplomasi dan nilai kemanusiaan.

AIC menyatakan pengiktirafan daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, China, Jepun, Eropah dan negara jiran Asia Tenggara membuktikan wibawa Malaysia di pentas antarabangsa.

Menurut kenyataan itu, kejayaan ini adalah hasil dasar luar negara yang matang, berpandangan jauh dan berani bersuara demi kebenaran.

AIC menyeru rakyat Malaysia supaya terus berdiri teguh di belakang Perdana Menteri demi memastikan suara Malaysia kekal dihormati di arena global.

Baca lagi:

Related Articles

Back to top button