Pilihanraya

Kakitangan Jabatan Penerangan dilarang terlibat kempen PRN enam negeri

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengingatkan Kakitangan Jabatan Penerangan di seluruh negara tidak terlibat dengan sebarang aktiviti politik kepartian sepanjang tempoh kempen PRN enam negeri.

Ditemui pada Jelajah Madani 2.0 Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di Dewan Terbuka Taman Desa Mawar, Tanjong Karang pada Ahad, beliau berkata larangan itu temasuk pemakaian baju dengan logo mana-mana parti.

Bagaimanapun jelasnya keadaan itu tidak bermakna bahawa jentera kerajaan ‘bercuti’ sepanjang tempoh lebih 14 hari ini.

“Tugas hakiki bagi jentera itu (Jabatan Penerangan) perlu diteruskan dalam menyampaikan dasar dan pencapaian kerajaan tanpa terlibat dengan sebarang politik kepartian’.

“Surat pekeliling tidak dikeluarkan namun ia lebih kepada arahan am.

“Selain itu, mungkin ada kerja lebih masa kepada kakitangan Jabatan Penerangan kerana ini adalah tempoh tempoh pilihan raya, namun saya tidak pasti sama ada cuti mereka dibekukan atau sebaliknya setakat ini,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui mesyuaratnya pada 5 Julai lalu menetapkan tarikh penamaan calon adalah pada 29 Julai ini dengan tarikh bagi pengundian awal pada 8 Ogos.

Tarikh mengundi bagi enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah pada 12 Ogos 2023.

Related Articles

Back to top button