Semasa

Negara kehilangan seorang pemimpin hebat – TPM

Negara kehilangan seorang pemimpin yang hebat susulan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Salahuddin sebagai seorang pemimpin pejuang yang memikirkan nasib rakyat hingga akhir hayatnya.

Tambah Preside Umno itu, Allahyarham adalah seorang rakan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan yang sangat beliau hormati, berperwatakan rendah diri, sentiasa komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Sehingga hujung nyawa beliau prihatin dan terus berjuang memikirkan kesejahteraan rakyat. Negara kehilangan pemimpin hebat.

“Marilah bersama kita berdoa semoga Allah SWT merahmati beliau dan memberikan kesabaran kepada seisi keluarga atas kehilangan ini,” katanya.

Zahid turut menzahirkan rasa dukacita dengan perkhabaran pemergian Salahuddin pada 9.23 malam ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi laman Facebook beliau turut merakamkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

“Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh… amin,” katanya

Related Articles

Back to top button