Pilihanraya

Penyokong Pas Rantau Panjang protes, bertindak turunkan bendera parti

Penyokong Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok di Rantau Panjang bertindak menurunkan bendera parti itu.

Ia sebagai tindakan protes susulan keputusan parti menggugurkan penyandang kerusi kawasan tersebut, Datuk Mohamad Awang pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Wakil penyokong, Zakaria Omar, 60,dipetik laporan Sinar berkata, Mohamad Awang dikatakan bakal diganti oleh calon yang berada di luar Kelantan yang tidak dikenali oleh penduduk setempat.

Tambahnya, pengganti itu juga didakwa sudah kalah dua kali dalam pilihan raya sebelum ini dan bertanding di luar Kelantan.

Penghulu Mukim Bakat, Ruziha Mamat, 55, dipetik laporan sama pula berkata, seluruh jentera parti Pas kecewa dengan tindakan pucuk pimpinan parti susulan keputusan itu.

“Sepatutnya, kepimpinan pusat datang berbincang dengan pihak DUN Gual Periok sebelum membuat keputusan,” katanya.

Related Articles

Back to top button