AnwarNasional

Situasi ekonomi mencabar, wajar untuk PM pegang portfolio Menteri Kewangan

Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mempertahankan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan.

Dalam temu bual dalam podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan yang disiar malam tadi, Nik Nazmi menegaskan situasi ekonomi yang masih mencabar hari ini menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar memegang portfolio.

Malah ketika ditanya apakah wajar untuk Anwar melepaskan jawatan Menteri Kewangan selepas enam pilihan raya negeri, beliau berkata ada perkara-perkara melibatkan ekonomi dan kestabilan yang memerlukan Perdana Menteri terus memegang jawatan Menteri Kewangan.

“Pada saya tidak perlu untuk Perdana Menteri melepaskan jawatan Menteri Kewangan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Bagi saya kerana buat masa ini situasi ekonomi itu masih lagi mencabar dan kerajaan ini juga walaupun ada majoriti dua pertiga, tetapi ia juga merupakan ia satu yang agak baru di Malaysia iaitu post electoral coalition.

“Jadi atas dasar itu saya merasakan ada beberapa kepentingan dari sudut ekonomi, dari sudut kestabilan yang memerlukan Perdana Menteri terus memegang jawatan Menteri Kewangan,” katanya.

Related Articles

Back to top button