Politik

Tuduhan Sanusi terhadap PM sekadar cubaan alih isu

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas tuduhan terbaharu Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) Muhammad Sanusi Md Nor terhadap Perdana Menteri.

Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN ketika mengulas tuduhan Muhammad Sanusi bahawa Datuk Seri Anwar dan seorang individu bernama Reza Chalid pernah datang ke Kedah untuk meninjau tapak lombong REE sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu berkata, ahli perniagaan itu hanya sekadar menemani Anwar untuk mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Tambahnya, tidak ada sebarang permohonan oleh Anwar Ibrahim bersama Reza untuk mengusahakan aktiviti unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

“Sebenarnya dia (Reza Chalid) mai ke Kedah menemani Datuk Seri Anwar untuk kunjungan hormat Sultan Kedah, itu saja, lepas itu dia balik.

“Saya sendiri tanya Anwar tadi sebelum mai ceramah tadi. Saya kata Datuk Seri kena jawab sikit.. Datuk Seri pasti bahawa Datuk Seri tak pernah jumpa dengan Sanusi (Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor), beliau kata tak, perjumpaan itu berlaku di istana dan Sanusi pun tak dak,” katanya.

Saifuddin berkata ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah kelompok Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Arang di Taman Delima di Sungai Petani malam tadi.

Sementara itu Saifuddin turut menyifatkan tuduhan oleh Muhammad Sanusi itu cuma bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat namun ia gagal.

“Dia kena bukti, macam saya ada dokumen (bukti) yang menunjukkan Muhammad Sanusi bantu dari segi dokumen Imigresen, dalam surat tu tertera nama So Lai Fat dan Huang Zhiyi, saya tunjuk bukti, dia (Sanusi) kata tak kenal, saya tunjuk gambar.

“Itu maksudnya bila kita buat kenyataan mesti backup (disokong) dengan bukti lah. Dia keluar kenyataan tak dak bukti tak dak apa, jadi saya fikir itu adalah keadaan terdesak dia untuk mengekalkan sokongan (orang) PAS.

“Sebab itu dia rasa peralihan sudah berlaku dalam kalangan penyokongnya apabila banyak fakta (bukti) kita bagi. Saya dengan dia sudah lama dalam politik kita faham sepak terajang politik dan taktik masing-masing, saya nampak dia sangat terdesak untuk memegang sokongan PAS terutama bagi pengundi atas pagar yang sedang menilai,” tambahnya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button