Semasa

Nurul Izzah dan Fadhlina kongsi pentas ‘Wanita Question Time’

Negara ini kini berhadapan dengan generasi ‘hilangnya’ lelaki, kata bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar

Beliau memberi contoh majoriti universiti kini didominasi wanita yang menurutnya menjadi bukti menyokong kenyataan beliau itu.

Berbanding wanita, kebanyakan pelajar lelaki selepas menamatkan pengajian di sekolah akan bekerja di sektor gig atau memasuki bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Bila habis belajar siapa gaji lebih tinggi (sudah tentu) wanita. Ini akan mengakibatkan krisis sama ada dalam perhubungan rumah tangga dan sebagainya,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Beliau berkata demikian menerusi program ‘Wanita Question Time’ yang turut menampilkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, di Seremban pada Jumaat .

Sementara itu Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN berkongsi cabaran berunsur ‘seksis’ yang dihadapi beliau setiap hari baik di peringkat parti, kementerian atau di luar konteks dua peringkat itu.

Mengambil contoh cabaran di peringkat luar, Fadhlina berkata, beliau sering berhadapan soalan berunsurkan seksis.

“Soalan paling (banyak) orang tanya saya, jadi menteri (selalu) sibuk ini siapa jaga suami? Anda tak risau ke suami tinggal segalanya? Anak ramai siapa jaga?

Tambah Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, soalan dinyatakan olehnya itu tidak pernah ditanyakan kepada ahli politik lelaki di negara ini.

“Soalan ini tidak pernah ditanyakan kepada ahli politik lelaki. Siapa jaga bini you (anda), siapa jaga anak you? Ada orang tanya? Tak ada,” katanya.

Related Articles

Back to top button