Semasa

Memaknai erti kemerdekaan: anak muda jangan biar minda terkongkong – Dr Wan Azizah

Golongan muda di negara ini digesa menyemak setiap berita yang disebarkan menerusi media sosial agar mendapat kesahihan terlebih dahulu.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, golongan pelapis negara itu perlu membuka minda dan jangan terlalu terkongkong dengan maklumat yang diterima.

“Erti kemerdekaan kepada anak muda perlu buka minda kerana ia luas dan jangan terkongkong. Kita sekarang dalam dunia global di mana dunia yang semakin mengecil tetapi singkat.

“Apa-apa ilmu atau apa-apa maklumat atau data yang dapat, kita kena periksa dulu kesahihannya,” katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian selepas menghadiri Program Semarak Kemerdekaan anjuran Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari di Taman Ria Jaya di Sungai Petani pada Rabu.

Dr Wan Azizah sementara itu menambah, untuk rakyat Malaysia memaknai erti kemerdekaan itu amat penting dalam usaha membina sebuah negara yang sejahtera pada masa akan datang.

“Memaknakan kemerdekaan adalah apa itu kemerdekaan, kita orang Malaysia mahu yang terbaik dan masa depan yang terbaik untuk semua, itu yang mahu kita bawakan.

“Kita mahukan semangat inilah dan tanamkan dalam setiap warga Malaysia, kita merdekakan diri kali ini dan bangunkan negara untuk diperbaiki dan Madani adalah civilization.

“Kita hendak satu kehidupan yang baik bukan sahaja pembangunan setakat fizikal tetapi rohani dan jasmani dalam hati kita,” katanya.

Related Articles

Back to top button