Pilihanraya

Jelajah kempen PH-BN sempena PRN berakhir di Sungai Petani

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengakhirnya kempen pilihan raya negeri (PRN) mereka dengan program grand finale di Kedah malam tadi.

Program itu yang diadakan di Sungai Petani itu dihadiri Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan nya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selain pimpinan BN serta PH termasuk calon-calon kedua-dua gabungan itu.

Anwar dalam ucapannya menyentuh beberapa perkara turutama usaha yang dilakukan kerajaan Perpaduan sepanjang lapan bulan mentadbir negara termasuk kenaikan subsidi padi, membela nasib rakyat dan pelbagai bantuan lain yang antaranya mahu menoktahkan kemiskinan tegar.

Dalam ucapannya juga Anwar turut mempersoalkan kejayaan yang telah dibawakan pemimpin-pemimpin di negeri yang dikuasai pembangkang dalam menyelesaikan isu rakyat dan membawa kemajuan.

“Saya nak tanya menteri-menteri besar di negeri yang diperintah pembangkang, apa yang mereka sudah lakukan untuk selesaikan masalah air dan banjir di Kelantan?

“Apa dilakukan untuk selesaikan masalah kemiskinan di Terengganu, masalah kemiskinan dan pembangunan di Kedah bagaimana pula?

“Bolehkah saingi pembangunan, prasarana di Pulau Pinang dan Selangor serta perumahan dan projek pembangunan di Negeri Sembilan,” soalnya.

Related Articles

Back to top button