AnwarPolitik

Anwar lulus ‘referendum rakyat’ pada PRN

Seorang Ahli Parlimen menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memimpin kerajaan Madani dalam perang pilihan raya di enam negeri dengan berjaya.

Ia susulan kejayaan Presiden KEADILAN itu mempertahankan tiga kubu kuat PH iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Anwar adalah panglima perang dalam PRN ini. Walaupun dia belum berjaya menembusi kubu PAS dan PN di Kelantan, Terengganu dan Kedah, tetapi kejayaan Anwar mempertahankan tiga negeri yang menjadi kubu kuatnya adalah penting diiktiraf.

“Anwar sebagai PM, PH sebagai gabungan politik dan KEADILAN tidak tewas dalam PRN ini.Memang ada beberapa kawasan yang tumbang ke tangan PN, tetapi secara strategik tiga negeri dikuasai PH sebelum ini masih kekal,” kata Hassan Karim dalam satu ulasan ringkas.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pasir Gudang itu menegaskan, keputusan PRN Sabtu lalu wajar di dikaji dan diteliti oleh Anwar sebelum gabungan pimpinanya menghadapi pilihan raya seluruh negara yang lebih besar iaitu PRU16.

Pada pandangan Hassan, paling penting untuk Anwar mendapatkan semula sokongan orang Melayu Islam yang jelas banyak berpindah kepada PN dalam PRN ini.

“Jika dilihat kempen dan propaganda PN dalam PRN yang baru berlalu ini, seolah-olah PH-BN akan tewas teruk dan tiga negeri, iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan dikuasai mereka.

“Anwar kini semakin berpengalaman, semakin berwawasan dan akan sedia bermuhasabah diri setelah melalui PRN yang amat sengit dan cukup mencabar.

“Beliau perlu terus diberi peluang untuk memikul tugas sejarahnya demi selamatkan negara berbilang bangsa, berbilang agama, berbilang tamadun ini dari diruntuhkan oleh pemimpin-pemimpin politik berfaham ekstrem kanan dan sektarian yang berada dalam PN,” tegas Hassan Karim

Related Articles

Back to top button