Uncategorized

PM sampaikan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Muhammad Noh

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah buat keluarga seorang anggota Angkatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang meninggal dunia semalam ketika bertugas.

Menerusi catatan di Facebook hari ini Perdana Menteri juga merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen serta dedikasi Allahyarham Muhammad Noh Muhammad Isa buat rakyat dan negara.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Allahyarham rebah dipercayai akibat serangan jantung semasa melintasi pentas utama di Dataran Majlis Bandaraya Seremban sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat Negeri Sembilan pada Khamis.

Muhammad Noh, 53 ketua kontinjen Rela Negeri Sembilan kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan, namun kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Related Articles

Back to top button