AnwarSemasa

PM Anwar bakal selesai isu kesulitan pelajar OKU duduki peperiksaan

Kerajaan akan meneliti sekolah pendidikan khas menengah bagi pelajar berkeperluan khas, Orang Kurang Upaya (OKU) untuk pelajar masalah pendengaran yang dilapor berdepan kesulitan untuk mendudukan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terkejut setelah mengetahui hanya ada satu sekolah di negara ini menjalankan peperiksaan SPM bagi pelajar pekak untuk seluruh negara iaitu di Pulau Pinang.

“Saya pasti bawa perkara itu (cadangan sekolah untuk ambil SPM bagi pelajar OKU pekak). Saya tidak tahu ada hal ini.

“Ini saya cuba lakukan untuk mendengar suara rakyat dengan Temu Anwar, walaupun ada yang memperlekehkan program ini.

“Apa salah kita dengar (masalah seperti ini) bukan setuju semua, kalau tidak boleh jawab saya bawa ke Jemaah Menteri. Insya-Allah (cadangan bina sekolah menengah OKU pekak di Johor) akan masuk dalam perancangan segera,” katanya pada Program Temu Anwar di UTM di Johor Bahru semalam.

Terdahulu seorang pelajar mengetengahkan isu pelajar berkeperluan khas (OKU pekak) di Johor terpaksa melakukan perjalanan jauh untuk mengambil peperiksaan di Pulau Pinang.

Pada program tersebut juga berkata beliau akan membawa cadangan memperkenal Kad Siswa Rahmah yang pernah dibangkitkan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini ke mesyuarat Jemaah Menteri.

Allahyarham Salahuddin pada Jun lalu berkata, sekiranya kad diskaun kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) itu diwujudkan semula, ia akan membantu mengurangkan beban dan menjaga kebajikan golongan berkenaan.

Related Articles

Back to top button