AnwarGlobal

PM Anwar seru keamanan pada ucapan di Perhimpunan Agung PBB

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak semua negara kepada piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam membawa keamanan seluruh dunia.

Mesej keamanan itu dinyatakan Anwar dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York pada Khamis.

Menurut beliau, saingan antara kuasa-kuasa besar dunia telah memberi kesan negatif terhadap negara-negara kecil, terutama yang berada dalam kawasan konflik.

“Kita hidup dalam dunia yang sangat terpolarisasi. Kami melihat persaingan kuasa besar berlaku dengan akibatnya yang akan memberi kesan negatif kepada negara, terutamanya yang lebih kecil, di kawasan konflik.

“Hasilnya ialah kita berhadapan dengan dilema geopolitik dan geostrategik, sementara kuasa besar terus memberi jaminan bahawa pilihan binari tidak dikenakan, namun realiti bagi banyak negara bahawa ia adalah satu-satunya pilihan yang ditawarkan,” kata Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu melalui Kenyataan Negara di hadapan para pemimpin dunia.

Ini adalah kemunculan pertama Anwar sebagai Perdana Menteri pada perhimpunan tahunan tersebut.

Anwar yang diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenakan Baju Melayu biru muda dalam cara itu.

Sementara itu dalam ucapannya, Anwar menegaskan dilema geopolitik dan geostrategik akhirnya akan menyebabkan lebih ramai manusia tidak diwakili secara global berbanding sebilangan kecil pemerintah.

“Ini akan akhirnya membawa sekali lagi dimana orang ramai tidak diwakili, di mana sebilangan kecil sahaja yang memerintah semua, dan ia membawa kepada kebencian.

“Cita-cita dan prinsip tinggi yang termaktub dalam PBB Piagam menyeru negara untuk menyelesaikan pertikaian mereka melalui cara aman.

“Serta menahan diri daripada ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap integriti wilayah dan kedaulatan atau kemerdekaan politik mana-mana negara,” tegas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Related Articles

Back to top button