Semasa

Bekas setiausaha politik Radzi Jidin ditahan SPRM, bantu siasatan kes rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat menahan dua individu termasuk bekas setiausaha politik seorang bekas menteri kanan

Penahanan itu susulan dakwaan bersubahat dengan bekas menteri kanan meminta rasuah bagi meluluskan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta sebuah kementerian secara rundingan terus.

Sumber berkata, suspek pertama yang juga bekas setiausaha politik berusia dalam lingkungan 20-an bersama suspek kedua yang juga pemilik syarikat berusia lewat 50-an ditahan ketika diminta hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya.

Kedua-dua mereka ditahan reman empat hari bermula semalam sehingga 26 September ini.

“Rundingan berkenaan dibuat melalui syarikat milik suspek kedua,” kata sumber itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya yang mengesahkan penahanan tersebut berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

SPRM dilapor telah membuka kertas siasatan dakwaan rasuah melibatkan seorang bekas menteri berhubung pemberian tender susulan satu laporan dibuat UMNO Wilayah Persekutuan pada Khamis lalu.

Sementara itu, seorang bekas menteri menafikan beliau telah meluluskan projek rundingan terus percetakan buku yang dikaitkan dengan rasuah melibatkan lebih RM80 juta.

Datuk Mohd Radzi Jidin bagaimanapun mengesahkan bekas setiausaha politiknya merupakan individu yang ditangkap berkaitan dakwaan rasuah tersebut.

Related Articles

Back to top button