Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu merafak sembah, ucapan tahniah kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Ia bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-54 .
Anwar menerusi satu hantaran di Facebooknya mendoakan semoga Sultan Muhammad V dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Kelantan dengan adil dan saksama. Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.
“Semoga Allah melindungi Tuanku dunia dan akhirat. Dirgahayu Tuanku,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu melalui hantaran tersebut.